Tempahan

TEMPAHAN

SILA HUBUNGI KAMI MELALUI CARA BERIKUT :

NO TELEFON BIMBIT :

(Man)017-3408370

ALAMAT EMAIL : mok.n.sons@gmail.com

ATAUPUN ISI BORANG PERTANYAAN DIBAWAH.

-TERIMA KASIH-

Borang pertanyaan..

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Email :
Pertanyaan ubahsuai :

This contact form was created by Freedback.

Thursday, April 28, 2011

Sibuk ke?

Salam,

Budak-budak makan roti,
Roti dibeli di kedai Pak Shaker,
Sekadar berpantun luahan hati,
Korang sibuk ke?


Cikin comel anak Pak Nawab,
Cer jawab cer jawab..

Sekadar berpantun menghibur hati,
sebab aku tengah tak sibuk..heheheh
layanssss...



Tuesday, April 26, 2011

CONTEST: JOM SKODENG BLOGGER LAIN!!!!

Adapun ceritanya bermula dari blog  

http://red-kamikaze.blogspot.com/

Kemudian......cik Cik adik Munitiara telah menge-Tag blog Mok&sons...

Tersebutlah kisah para-para blogger yang sentiasa rajin untuk bertegur sape,singgah menyinggah,mengomen,berjalan-jalan,menumpang lunch,blogwalking&sebagainya..marilah sama2 kite memeriahkan lagi suasana berkongsi kecerian bersama-sama para2 blogger yang sentiasa di skodeng oleh rakan-rakan kita..Disamping menambah kenalan boleh le kita berkongsi cerita suka dan duka,dari jauh dan dekat..Contest ni akan berakhir malam ni yer..Cer taip 5 blog yang korang slalu skodeng..

Dengan sukacitanya..aku persembahkan ..jeng..jeng..jeng...5 blog yang secara auto nyer aku akan terjah..


Sebenarnya banyak lagi port2 blogger (jangan kecik ati yer) yang memang selalu aku terjah..Yang 5 tu la diantaranya..sekian..nak sambung panjant bumbung jap..:D

Sunday, April 24, 2011

Melawat blog..

Salam,
Dah beberapa hari tak update.Bukan nak update pasal kerja hari ni,cuma nak share je,semalam aku&wife sempat la pergi bengkel pengurusan wang..sebab ekonomi yang tak menentu sekarang ni disamping mencari jalan baru untuk simpanan pada masa depan.Bukan itu je,mungkin permasalahan hutang dapat diselesaikan dengan kadar segera dari sepatutnya...Rasanya pada yang muda2 tu sesuai sangat la kot menghadiri kursus ni.Untuk tahu lebih lanjut,korang boleh la buka sendiri website ni.Baca2 lah apa yang patut yer..Aku cuma berkongsi,manatau dapat manfaat untuk semua.
                                                        http://www.azizcfpx.com/main.htm
Bengkel berlangsung dengan aman sentosa ..Tapi hujan lebat semalam telah mengakibatkan 3 biji kereta rakan2 yang menghadiri bengkel tersebut dihempap pokok.Kesianya..dugaan betul la kan..Datang bengkel nak selesaikan masalah..sekali datang pulak masalah baru.Harap2 mereka semua bersabar.Mungkin dugaan dalam langkah pertama mereka.Aku pun sempat tengok kejap jer,sebab nak balik cepat ke rumah..Amik 2 keping gambo je...

 

Wednesday, April 20, 2011

Mari mula bekerja..

Salam...

Mari kita mulakan kerja dengan ungkapan..Bismillahir-Rahmanir-Rahim.Semoga kerja-kerja yang dilakukan pada hari ini,diberkati Allah..
Sebelum tu,sarapan dulu yer..nanti tak bermaya pulak..Nak pulak kerja-kerja macam aku ni..Nak guna banyak tenaga..hehheh



Ok,jom mulakan kerja..


Monday, April 18, 2011

Cerita pendek..

Salam...

Cerita pendek untuk hari ini..
Operasi membuat bumbung di Bukit Beruntung...
Layan gambo...gambo akan sentiasa di update mengikut perkembangan kerja..
Lokasi di belakang rumah En.Anuar


Kawasan belakang dibersihkan dulu..sampah sarap dikumpulkan..

Kerja-kerja sedang dijalankan..





Kontrol macho sambil pegang tiang..ehehheh..:P
Sekian,laporan dari Bukit Beruntung..









Sunday, April 17, 2011

Aduhh...Hp ku ketinggalan ni...

Alamak....hp ku ketinggalan la pulak...pergghhhh...kena pulak aku drive ke Bukit Beruntung(umah may&ayah)..Perjalanan yang agak jauh dan pergi sorang2 pulak..tak best nya... 

Kepada sesiapa yang menghubungi,bawak menyabor...aku nak memulakan perjalanan nih.. 

Sekian,entry ringkas untuk waktu ini..


Thursday, April 14, 2011

Special Gift untuk follower ke 100!!

Salam...

Sebenarnya tak ada update untuk projek terbaru.Sekarang tengah santai sikit sambil2 menunggu untuk projek terbaru yang masih lagi dalam perbincangan.Sedar tak sedar dah 3 bulan rasanya aku ber-blogging ni.Masih baru lagi.Terima kasih la pada kawan2 semua yang sudi datang menjenguk ke blog yang tak seberapa ni.Diharap kawan-kawan akan sentiasa memberi sokongan padu pada blog ini.Dalam kesibukan kerja seharian,aku juga berharap dapat jugak lah singgah menyinggah ke blog kawan2 untuk baca update2 terkini yang mempunyai pelbagai infomasi,gossip,berita dalam negara&luar negara dan macam2 lagilah...Pada kawan2 yang sudi mem-pollow blog aku pun,aku ucapkan jutaan terima kasih lah...Boleh ajak kawan2 pollow lagi yer..ehehhe..Oleh kerana follower blog aku sudah pun menjejak ke angka 100,aku dengan ini ingin memberi special gift kepada follower yang ke 100 (HadillahHadzir)..heheh..gift eksyen je nih..Tapi nanti semua follower ble pakat share2 ek kek coklat tuh..hehhehehehh....Ok lah..lagi lama lagi melalut lak nanti...Sentiasa lah menjenguk ke sini ya,sambil komen2 apa yang patut...hehehhe..:)


Monday, April 11, 2011

Berehat seketika...

Salam,

Lamanya tak update cerita.Maklumlah sibuk dengan kerjaan..Walaupun begitu,sempat jugak la aku merayau2 di blog kawan2..Memabca berita terkini,hiburan sensasi..Luahan perasaan gembira&sedih..huhu..Kepada kawan2 semua yang begitu rajin singgah menyinggah di blog ku yang tak seberapa ini..Terima kasih bebanyok la yer..Hari ni keje dah habis...fuhhhh..lega skit rasanya..baru lah dapat nak update cerita..Nak berehat seketika,sebelum manyambung tugasan baru pulak...InsyaAllah..Alhamdulillah..kerja-kerja di Putrajaya akhirnya selesai jua setelah mengharungi detik2 kesenangan dan kesusahan..Kerja dalam bidang kontrak ni amat2 memerlukan ketahanan mental dan fizikal.Kemudian...bukanya mudah nak memuaskan hati semua orang.Kena lah pandai2 amik hati pelanggan ni.Apa2 pon kesabaran adalah tunggak utama dalam menjalankan tugas,tak moh emo2..ehhehehe..Ok lah..untuk tidak membuang masa lagi...sila2 lah mencuci mata dengan gambar2 terkini khas untuk tatapan semua..Tapi gambo yang paling latest tak sempat upload lagi..Nanti malam2 skit,aku update balik.. :) ...Enjoice....jangan segan nak komen2 yer..



Sebelum cat..


hmm...berseri skit lepas cat..heheh





Dinding luar yang dah di cat semula..


Aktiviti mengganti siling yang bocor..



Pasang kipas lipas..:)





Ape bende ni..cer teka.. cer teka..


Inilah dia polyglass...Sape yang nak wat kat depan umah leh ler calling2 yer..:)


Rangka untuk polyglass...






Kawasan luar rumah yang sudah dibersihkan..



Aktiviti mengecat dalam rumah..









Wahh..ehehhe..apasal tiba2 ada tom yam ni...heheh ni makan malam tadi..singgah bertandang ke kedai adik aku kat damansara.Adik aku jual seat kereta..Sebelah kedai dia ni lah ade kedai makan spesel masakan kelantan..eheh..Kalau sesape yang minat nak beli seat kereta..boleh la jenguk2 blog adik aku..Bukan blog masakan tom yam tau..ekkekke

http://dingzgarage.blogspot.com/



Sunday, April 3, 2011

Siapa yang memerlukan khidmat pengubahsuaian rumah??

Salam dan selamat pagi,

Harini ada masa sikit untuk bercerita.Kerja-kerja di Putrajaya makin hampir dengan kemuncaknya...Dalam sedikit masa nanti aku akan upload gambar-gambar sebagai tanda yang kami sudah melunaskan segala kerja-kerja kami..Pada setiap tempat dan rumah yang aku pergi,pelbagai cara,pelbagai permintaan,pelbagai warna yang mereka inginkan.Maklumlah,rumahku syurgaku...siapa yang tak bermimpi untuk memiliki rumah yang cantik.Korang pon sama kan??kan??Oleh sebab tu,kepada sesiapa yang memerlukan khidmat kami ni,sudi2 lah mengubungi hp aku.Kalau idak pon,email je la kat aku.InsyaAllah harga berpatutan dan kualiti kerja sehabis baik.Sebelum ni aku adalah menerima luahan perasaan dari seseorang mengenai kontraktor bumiputera ni atau lebih mesra kontraktor melayu..Kerja tak kemas,lambat,duit nak cepat dan sebagainya.Tapi bagi aku tak semua kontraktor melayu begitu.Semuanya terpulang pada seseorang individu atau pun terpulang kepada cara kerja masing-masing.Bagi aku,kualiti kerja dan kepuasan pelanggan amatlah penting.Kalau kualiti kerja tak bagus,macam mana lah nak meneruskan bisnes,nama pun busuk nanti.Tak pasal2 jer la kan...Apa pulak pendapat korang?Kalau korang ada pengalaman sebegini,boleh la share2 sebagai panduan untuk kita semua..Lebih-lebih lagi untuk aku ni.. :D

Friday, April 1, 2011

Cara-cara nak dapat trafik 1000 000

Salam,

Cukup gempak tak tajuk diatas?..ermm..Sedang aku merayau2 di ruangan internet tadi,terjumpa la blog Fara shafiqah ni.Jadi terdetik la dihati aku nak try juga macam yang dia buat.Jom kite try sesama..manatau betul2 ke ada manfaatnya..cer usha trick seperti dibawah :-

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.




PERATURAN!!!

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.

2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.

3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

***So urutannya jadi mcm nie...




15. BLOG ANDA

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

Kita sama-sama cuba jaya okk….
Selamat mencuba!!!

***Ingat...jangan menipu...tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak... Pastu Jgn Lupa promote link entry ni.. kt member2 korang.. lagi byk lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat... ingat lagi byk backlink kiter... lagi tinggi rating kiter kat google..


Inilah kisahnya...macam MLM pon ade gak dah gayanya nih..heheh.. aku pon nak try jugak..jom la kita sama2 try..Maklumlah,aku ni pun baru dalam bidang ber-blogging nih..Pada sesiapa yang dah expert tu..cer komen yer.. :)