Tempahan

TEMPAHAN

SILA HUBUNGI KAMI MELALUI CARA BERIKUT :

NO TELEFON BIMBIT :

(Man)017-3408370

ALAMAT EMAIL : mok.n.sons@gmail.com

ATAUPUN ISI BORANG PERTANYAAN DIBAWAH.

-TERIMA KASIH-

Borang pertanyaan..

Nama :
Nombor telefon :
Alamat Email :
Pertanyaan ubahsuai :

This contact form was created by Freedback.

Sunday, February 20, 2011

Siap sudah condominium di Hulu Langat!!

Akhirnya projek di Hulu langat sudah pun siap.Sekarang kami sedang mulakan tugas baru di UPM pulak..Kerja-Kerja di UPM ni  lebih kepada pendawaian elektrik.Tak sempat nak post gambar tentang projek di Hulu Langat.Maklumlah,sibuk dengan urusan kerja dan keluarga..Ni dia gambar-gambar untuk projek ubahsuai kat Hulu langat.Tuan rumah cuma buat plaster siling,pecah tembok di dapur untuk buat tingkap dan cat.


                              
                                 Acara memasang lampu dan kipas                                    




Proses mengecat di ruang tamu dan selepas di cat.



 Ni la aku..cewah..tengah touch up bahagian tembok pintu yang telah dipecahkan


Tingkap baru yang telah dipasang.Boleh rujuk gambar sebelum ni untuk lihat keadaan asal.


Nantikan update yang terkini tentang kami yer..Sebarang pertanyaan boleh la hubungi kami dengan menghantar email ataupon call jerk.. :D

Thursday, February 10, 2011

Harap Maaf!!

Hajat dihati nak tepek gambo lagi...tapi..harap maaf la yer..oleh kerana kesibukan memasang siling semalam lupa pulak nak amik gambo.Tapi takpe,esok atau lusa aku akan update gambo lengkap untuk ubahsuai kat apartment ni.Untuk projek ni kami target siap 4 hari.Tapi bahagian tingkap kat pintu dapur tu mungkin akan ditunda ke hari Isnin sebab mamat bangla ni boleh hantar dan pasang tingkap yang ditempah hari Isnin.Kerja2 yang lain tu mungkin dalam hari ni dah boleh siap..Tinggal kerja2 untuk kemasan plaster,pasang lampu,kipas dan cat je... :D

Wednesday, February 9, 2011

Sambungan cerita ubahsuai kat hulu langat..

Seperti yang dikaborkan semalam,hari ni aku nak share skit gambar-gambar nak buat plaster siling kat hall apartment ni.Gambar tak berapa banyak sebab semalam kami baru start buat kerja masing2.Apa2 pun layan je la yer..nak komen ke nak tanya ke..boleh jerk.. :D







Gambar-gambar kat atas ni masa kami buat garisan untuk buat rangka palster siling nih..

Tuan rumah ni nak buat tingkap baru,kenelah pecahkan dulu.






Ni dia rangka2 yang dah dipasang semalam.InsyaAllah hari ni kami pasang plaster siling.Esok aku update lagi dengan gambor2 yang berkenaan..

Plaster siling&wiring kat Hulu langat

Lupa pulak nak cerita tadi,skang ni kami tengah buat plaster siling & wiring kat apartment Hulu langat.Nanti saya akan update gambar-gambar yang berkenaan untuk tatapan umum..

Tuesday, February 8, 2011

Wahhh..lama tak jenguk blog yang kosong ni!!

Sekian lama sudahnya aku tak update apa2 pun kat blog.Di tahun baru ni rasanya aku berhajat nak update blog ni untuk semua kegiatan2 pengkontraktoran aku nih..heheh ade ke perkataan ni..pepandai aku jer..

Untuk mukadimahnya,biarlah aku citer skit tentang kerjaya aku yang agak sepenuh masa skang ni.Kerjaya aku ni bermula sejak belasan tahun lagi.Ketika tu ayah aku lah penaung untuk perniagaan ni,disitulah timbulnya nama Mok&Sons..Mok ni kire nama manja ayah aku larr...Skang ni tak lagi,usia pun dah meningkat,jadi tuan penasihat je.Memandangkan kemahiran ni dah sebati dengan diri aku,jadi kami adik beradik meneruskan perniagaan ni walaupun kekadang tu payah bebenor nak dapat job..

2011 ni la menjadi matlamat dan semangat baru untuk terus memperjuangkan apa yang kami ada ni disamping mencari rezeki dan sesuap nasi...Perniagaan kami pun sebenarnya lebih kepada projek secara kecil-kecilan.Walaupun kami adik beradik dah lama menjelankan perniagaan ni,kami rasa kami masih belum cukup kuat lagi untuk menjalankan projek yang besau2.InsyaAllah,jika ada rezeki ,mungkin kami akan mengagahkan diri masing2 untuk lebih maju kehadapan dalam bidang kontraktor ni..Mungkin takat ni je dulu aku berkongsi serba sedikit mengenai bidang kerja aku ni.Aku cuba untuk update apa yang terbaru mengenai perniagaan aku ni disamping memperkenalkan nama Mok&Sons ni agar lebih dikenali kelak..(cewah..senyum sambil cakap dalam hati,boleh ke?InsyaAllah boleh..).Kita bersambung lagi dirancangan yang lain pada waktu yang tak sama...